Monday 28 March 2011

Majlis Perkahwinan

Perkahwinan merupakan saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh kedua mempelai untuk diijabkabulkan. Semestinya kedua-dua pihak telah merancang dengan teliti segala kelengkapan dan perancangan yang telah dibuat bagi menyambut hari yang berbahagia tersebut. Pengantin yang secocok, pelamin nan indah serta majlis yang meriah sudah pastinya memerlukan hidangan yang istimewa. Oleh yang demikian adalah menjadi tugas kami bagi memastikan segala yang diimpikan menjadi sesuatu yang indah, dengan sajian yang pelbagai jenis, cocok dengan kehendak raja sehari. Dengan rasa rendah diri, izinkan kami memastikan segala kehendak anda dapat dipenuhi  dalam melayari kemanisan sebagai raja sehari.

No comments:

Post a Comment